suria

KOAM Masih Bergantung Kepada MSN Untuk Khidmat Jurulatih

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) masih bergantung kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mendapatkan jurulatih yang bersesuaian bagi atletnya, kata Presiden KOAM Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Masalah untuk KOAM melantik sendiri jurulatih tidak timbul. Kita akan sentiasa menyokong MSN. Saya pernah timbulkan isu kenapa timbul pertindihan pemilihan jurulatih antara MSN dan ISN (Institut Sukan Negara).

"Sepatutnya bagi pandangan saya kita kena ikut cara Australia di mana IS Nmereka ada kepakaran. Mereka yang sepatutnya membuat pemilihan jurulatih. Kami (KOAM) hanya terlibat dalam pemilihan atlet khususnya atlet-atlet pelapis sahaja," katanya.

Shahidan berkata KOAM juga berperanan menyarankan calon jurulatih kepada MS Ndan keputusan akhir dilakukan oleh MSN.

Beliau ditemui pemberita pada majlis makan malam penghargaan bagi pemenang-pemenang pingat Sukan SEA Laos bagi KOAM dan Persatuan Renang Amatur Malaysia (PRAM) di Dewan Komanwel MSN, Bukit Jalil dekat sini malam ini.

Pada majlis itu, dua perenang negara, Daniel Bego dan Siow Yi Ting menerima insentif masing-masing berjumlah RM9,000 dan RM6,000 yang disumbangkan oleh Yayasan Pok dan Kassim, sebuah badan bukan kerajaan.

Berikutan kejayaan atlet-atlet renang dan terjun yang menyumbang 15 pingat emas di Sukan SEA Laos, yayasan berkenaan turut menyumbang sejumlah RM40,000 kepada PRAM manakala KOAM pula menerima sumbangan berjumlah RM20,000. - BERNAMA

Artikel Lain