suria

Liverpool Sekali Lagi Kecundang

LIVERPOOL: Pasukan Liverpool sekali lagi kecundang apabila tersingkir daripada saingan Piala FA oleh pasukan liga kejuaraan, Reading.

Liverpool tewas selepas masa tambahan pada perlawanan ulangan pusingan ketiga di Anfield walaupun mendahului 1-0 sehingga minit terakhir apabila Gylfi Sigurdsson menyempurnakan sepakan penalti bagi memaksa perlawanan masa tambahan.

Gol kemenangan pasukan Reading kemudiannya dijaringkan oleh Shane Long pada minit ke-100 untuk mengangkat pasukan itu yang kini berada di kedudukan keempat liga.

Reading bagaimana pun bakal menentang satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris iaitu Burnley yang sudah pastinya bakal menjadi saingan hebat bagi merebut takhta teratas liga.

Artikel Lain