Pemain Boling Selangor Terus Mendahului - Sukan | mStar

Pemain Boling Selangor Terus Mendahului

PETALING JAYA: Juara bertahan, Selangor kekal di hadapan pada hari kedua Kejohanan Boling Antara Negeri ke-23 yang berlangsung di Pyramid Megalanes di Bandar Sunway, di sini hari ini.

Dalam perlawanan hari ini, Selangor merangkul dua lagi pingat emas dalam acara beregu lelaki dan wanita, satu perak dan satu gangsa.

"Setakat ini, kami telah mencapai sasaran empat pingat emas. Kami juga telah melepasi pencapaian tahun lepas iaitu tiga pingat emas, dua perak dan dua gangsa. Esok, lapan lagi pingat dipertandingkan dan saya rasa pemain kami boleh memungut dua daripadanya," kata pengurus pasukan Mat Salleh kepada Bernama.

Beliau berkata dua pingat emas itu dijangka diperoleh daripada kategori all-events wanita dan lelaki melalui Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dan Zulmazran Zulkifli.

Selepas menamatkan dua acara, Zandra Aziela kini mendahului kategori all-events dengan 2,748 jatuhan pin, manakala Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman di tempat kedua dengan perbezaan 69 pin dan Hee Kar Yen dari Kuala Lumpur di tempat ketiga dengan 2,612. Dalam kategori all-events lelaki, Zulmazran mendahului kedudukan selepas mengumpul 2,834 jatuhan pin.

Sementara itu, dalam acara beregu lelaki malam tadi, pemain Selangor Zaid Izlan Ibrahim Hakimi dan Kelvin Keong merangkul pingat emas apabila menjatuhkan 2,742 pin.

Pasangan Sarawak, Chong Jun Foo dan Aris Ardila Santosoh, yang ketinggalan 147 mata, memperoleh perak manakala Yusuf Abdul Raof dan Kua Jian Wen dari Kuala Lumpur mendapat pingat perak dengan 2,576 jatuhan pin.

Bagi acara beregu wanita Zandra Aziela dan Siti Safiyah dari Selangor memperoleh pingat emas apabila menjatuhkan 2,673 pin, manakala perak dan gangsa dimenangi beregu Kuala Lumpur, Sharon Koh/ Wendy Chai (2,531 pin) dan Hee Kar Yen/Cheryl Cheong (2,509).

Hari ini mereka akan meneruskan cabaran pada hari terakhir kejohanan dengan acara berpasukan -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Keputusan Liga Super

default image

Keputusan Suku Akhir Piala Negara Afrika

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain