Melaka Mulakan kempen Liga Perdana Dengan Bergaya - Sukan | mStar

Melaka Mulakan kempen Liga Perdana Dengan Bergaya

KUALA LUMPUR: Melaka memulakan kempen Liga Perdana musim 2010 dengan bergaya apabila menundukkan Shahzan Muda 3-0 pada perlawanan di Stadium Hang Tuah, Melaka semalam.

Penyerang Zulindra Shah Putra Adam menjaringkan dua gol, meledakkan gol pertama pada minit ke-35 dan jaringan kedua peribadinya, enam minit sebelum tamat perlawanan.

K.Depan Sakwati menjaringkan gol kedua Melaka pada minit ke-77.

Melaka yang dikemudi oleh pemain muda musim ini dengan dibarisi oleh pemain bawah 23 tahun, banyak mencipta peluang jaringan gol dan boleh mencipta kemenangan lebih besar sekiranya mempunyai penyudah lebih tajam.

Di Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia (USM) FC yang merupakan pasukan bola sepak pertama dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menyertai Liga Perdana bermula dengan langkah kanan selepas menewaskan Pos Malaysia 1-0 pada perlawanan di Stadium USM.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan melalui tandukan Mohamad Baser Mohamad Napae pada minit ke-84 selepas kedua-dua pasukan gagal mencari jaringan awal.

Di Kuching, Sarawak di bawah bimbingan jurulatih baru Mohamad Zaki hanya mampu seri tanpa jaringan 0-0 dengan PDRM dalam perlawanan di Stadium Sarawak.

Walaupun pasukan tuan rumah menguasai perlawanan pada babak pertama dan kedua namun gagal untuk mendapatkan sebarang gol.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencatat keputusan seri 1-1 dengan skuad Harimau Muda.

ATM terlebih dahulu membuka jaringan menerusi V.Saravanan pada minit ke-78 sebelum Md Khairul Izuan menyamakan kedudukan pada minit ke-86.

Di Kota Kinabalu, Sabah dan KL Felda United FC, masing-masing mengutip satu mata selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan di Stadium Likas.

Di Stadium Larkin, Selangor PKNS menumpaskan Majlis Perbandaran Muar 2-0. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Perlawanan Liga Perdana

Artikel Berikut

Pemain Boling Selangor Terus Mendahului

Artikel Berkaitan

default image

Schumi Sasar Kejuaraan Kelapan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain