suria

Patrick Vieira Pemain EPL Tertua Dengan Gaji Paling Lumayan

MANCHESTER: Siapakah pernah terfikir pada usia 33 tahun (iaitu usia yang dianggap tua dalam dunia bola) Patrick Vieira menjadi pemain tertua dengan bayaran gaji paling tinggi dalam Liga Perdana Inggeris.

Vieira yang secara rasmi diperkenalkan sebagai pemain Manchester City semalam akan menerima gaji berjumlah RM689,000 (Pound Sterling 130,000) seminggu iaitu bersamaan dengan RM2.75 juta sebulan.

Kontraknya dengan jumlah bayaran sebanyak itu adalah untuk selama 18 bulan.

Ini bermakna, untuk tempoh tersebut Vieira akan memperolehi gaji sebanyak RM53.9 juta (Pound Sterling 10 juta).

Ini adalah satu sejarah kerana tidak ada pemain profesional pada usia lanjut begitu menerima gaji semahal Vieira.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain