suria

Waspada Semangat Melawan Lawan: Dollah Salleh

KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Dollah Salleh berkata, tidak mustahil Malaysia membawa pulang pingat emas bolasepak pada Sukan SEA kali ini selepas dua dekad jika skuad muda negara mengulangi corak permainan yang sama ketika menewaskan tuan rumah Laos pada perlawanan akhir bertembung Vietnam esok.

"Mereka perlu mempamerkan persembahan yang konsisten sepanjang 90 minit permainan dan menggunakan setiap peluang yang tercipta untuk menjaringkan gol, kerana itu satusatunya cara untuk menang," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Pasukan bawah 23 tahun kebangsaan juga diingatkan agar berwaspada dengan semangat melawan Vietnam, jika pasukan negara berjaya menjaringkan gol.

"Kadang-kadang jika kita berjaya menjaringkan gol awal, pemain-pemain lawan pula yang akan lebih bersemangat untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya memberikan tekanan.

"Jadi kita harus berhatihati akan situasi ini," kata Dollah yang menjaringkan satu gol untuk membolehkan Malaysia memenangi pingat emas setelah menewaskan Singapura 31 di Stadium Merdeka pada perlawanan akhir Sukan SEA 1989. Dua lagi gol Malaysia dijaringkan oleh Lim Teong Kim yang kini merupakan pembantu jurulatih bawah 19 tahun kelab Jerman, Bayern Munich, manakala gol Singapura dijaringkan oleh Fandi Ahmad.

Dollah tidak menafikan keperluan untuk menjaringkan gol awal bagi meningkatkan moral pemain. Pada perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini, Vietnam membuktikan semangat juang yang tinggi apabila mengikat Thailand dengan keputusan 11 walaupun ketinggalan 01 pada peringkat awal.

Dollah juga tidak nampak sebarang kelemahan kepada penyerangpenyerang skuad bimbingan jurulatih K.Rajagobal malah kehadiran semula penyerang Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akan menambahkan lagi kekuatan pasukan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain