suria

Malaysia Kekal Dengan Dua Gangsa Di Arena Golf

VIENTIANE: Skuad golf negara hanya mampu menyamai pencapaian mereka dengan dua gangsa di Sukan SEA Korat, Thailand dua tahun lepas.

Pencapaian kali ini lebih berpihak kepada pasukan golf wanita yang terdiri daripada Ainil Johani Abu Bakar, Kelly Tan dan Michelle Koh untuk acara berpasukan.

Pada penampilan sulungnya di Sukan SEA, Kelly berjaya meraih pingat gangsa untuk acara perseorangan.

Bagaimanapun, cabaran negara untuk kategori lelaki Mohammad Iszaimi Ismail, Gavin Kyle Green, Nicholas Fung dan Mohamad Iylia Jamil Mohd Jamil, gagal menyerlah.

"Walaupun kita gagal meraih satu pingat perak seperti yang disasarkan, secara keseluruhan saya berpuas hati dengan mutu permainan pemain-pemain kita.

"Saingan daripada Thailand dan Filipina sememangnya sudah dijangka dan mereka telah mempamerkan peningkatan dalam permainan mereka," kata Pengurus pasukan Malaysia Mohd Yaacob Mohd Kassim kepada Bernama.

Pada temasya dua tahun lepas, Malaysia meraih dua pingat gangsa melalui Ainil Johani dalam acara individu wanita dan Akmal Tarmizee Nazari, individu lelaki. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain