suria

Wushu Raih Dua Gangsa

VIENTIANE: Skuad wushu Malaysia meraih dua gangsa di hari pembukaan acara seni mempertahankan diri di Sukan SEA ke-25 di sini semalam.

Pasangan Malaysia Ng Say Toke dan Yeap Wai Kin hanya mampu mencatat 9.20 mata untuk merangkul pingat gangsa dalam acara Duilian lelaki (apparatus combat), yang mereka kongsi dengan Isa Bismi dan Ismi Bismi dari Brunei Darussalam.

Pingat emas dan perak masing-masing dimenangi oleh peserta Laos Anusonne Sasabo dan Siamphone Kongmary (9.50), dan peserta Indonesia Aldy Lukman dan Johannes Bie (9.40).

Dalam acara Duilia wanita (bara hand combat) Diana Bong dan Tai Cheau Xuen mencatat 9.40 mata untuk membawa pulang gangsa.

Peserta tuan rumah Laos Soudaphone Chanlapheng dan Ketsuda Vongphakdy merangkul emas (9.46), sementara peserta Myanmar merangkul perak. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain