suria

Malaysia Menang Pingat Gangsa Dalam Acara Petanque

VIENTIANE: Malaysia memenangi pingat gangsa dalam acara berpasangan lelaki petanque menerusi Shaari Hassan dan Mohd Faiza Mohamad di temasya Sukan SEA Laos yang berlangsung di Gelanggang Petanque, Universiti Nasional Laos, di sini hari ini.

Pasangan negara terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas kalah 413 kepada pasangan dari Thailand Supan Thongphoo dan Virapong Wanta dalam pertembungan peringkat separuh akhir.

Pasangan Malaysia itu berkongsi pingat gangsa dengan pasangan dari Laos Ounhuen Detsanghan dan Southinanong Phip, yang kalah kepada pasangan dari Vietnam Nguyen Van Dung dan Vo Dinh Dung 1311 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Dalam Sukan SEA di Korat sebelum ini, Malaysia gagal memenangi sebarang pingat bagi acara berpasangan lelaki.

Sehingga hari ini skuad petanque negara menyumbang dua pingat perak dan satu pingat gangsa.

Berikutnya acara tiga sepasukan wanita dan lelaki petanque menawarkan pingat untuk direbut pada hari Rabu ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain