suria

Kedah Intai Peluang ke Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja

ALOR SETAR: Kedah kini sedang mengintai peluang untuk mara ke perlawanan akhir bola sepak Piala Emas Raja-Raja selepas berjaya mengikat Singapura 11 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lalu.

Ketua jurulatihnya, Mohamad Ramlee berkata perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman Sabtu ini bakal menjadi penentu sama ada skuad kendaliannya itu mampu mara ke final atau sebaliknya.

"Saya yakin untuk mara ke final jika pemain dapat meneruskan aksi kemas seperti mana ketika mengikat lawan di tempat mereka.

"Bagaimanapun, kami tetap berwaspada kerana dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku. Oleh itu, aksi konsisten daripada pemain sekali lagi dituntut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ramlee berkata untuk perlawanan separuh akhir kedua kelak, beliau telah merangka beberapa strategi baru untuk memastikan kemaraan Kedah. "Ketika perlawanan separuh akhir pertama, kami banyak bertahan, namun situasi bakal berubah apabila saya menyiapkan pemain untuk melakukan lebih banyak serangan bagi memberi tekanan kepada lawan," katanya.

Ramlee berkata kesemua pemainnya kini cergas dan tidak mengalami kecederaan dan beliau juga mengharapkan agar kelebihan beraksi di hadapan penonton sendiri dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pemain.

Kedah turut mendapatkan khidmat empat pemain skuad Liga Super Kedah iaitu Mohd Faizal Bakar, Mohd Syafiq Jamal, Mohd AIHafiz Hamzah dan Mohd Fazliata Taib untuk menguatkan pasukan.

Pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lepas, Mohd Faizal Abu Bakar menjaringkan gol penyamaan untuk Kedah pada minit ke-70 permainan selepas Singapura terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Nazri Nasir pada minit ke-50.

Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung Sabtu ini di Stadium Darul Aman. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain