VIENTIANE: Pasukan sepak takraw terhandal lelaki, Thailand menunjukkan kekuatannya pada acara itu dengan meraih emas setelah menewaskan lawan tradisinya Malaysia 20 pada Sukan SEA ke-25 yang berlangsung di Pusat Pemeran Perdagangan dan Konvensyen Lao (Lao ITECC), di sini semalam.Pasukan Thai dalam pusingan akhir, menang regu pertama 21-14, dan dalam regu kedua, 21-15 untuk meraih pingat emas keduanya. Emas pertama Thailand dalam acara Hoop lelaki diperoleh pada Rabu. -BERNAMA