suria

Malaysia Antara Empat Pasukan Pilihan Kejohanan IODA Asia 2009

LANGKAWI: Malaysia, Singapura, Thailand dan China adalah empat negara yang diletakkan sebagai pasukan pilihan pada Kejohanan Optimist Asia Persatuan Optimist Dinghy Antarabangsa (IODA) 2009 di sini yang bermula esok.

Skuad pelayar negara dibarisi 14 pelayar termasuk trio negara Mohamad Faizal Norizan, Mohamad Farhan Hamid dan Ahmad Ahmad Syukri Abdul Aziz yang muncul pasukan terbaik pada kejohanan Perahu Layar Optimis IODA Dunia 2009 yang berlangsung di Brazil pada Ogos lepas, selain dibarisi Conne Tsen, Nurul Izzatul Akmar dan Umi Nur Wahida.

Turut sama pelayar pelapis kebangsaan Ahmad Latif Ali Sabri Khan, 14, dari yang meraih kejuaraan Optimist individu pada Kejohanan Perahu Layar Kebangsaan KFCMYA-MILO 2009 di sini minggu lepas.

Seramai 121 pelayar dari 25 negara mengesahkan penyertaan pada kejohanan itu antaranya dari New Zealand, Australia, Perancis, Korea, Thailand, Indonesia, Hong Kong, Hungary, India, Belgium, Qatar, Sepanyol, Croatia, Jepun, Itali, Jepun dan Singapura.

Kesemua pasukan sudah tiba di sini dan mengadakan latihan menyesuaikan diri di perairan hadapan Kompleks latihan perahu layar hari ini dengan tiupan angin antara 4 hingga 5 knot sebelum turun pada hari pertandingan sebenar esok.

Kejohanan seminggu itu mempertandingkan dua kategori utama iaitu Optimist Individu dan berpasukan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Acara Sukan Sea Laos Hari Ini

Artikel Lain