Peluang Rebut Dua Kejuaraan Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa - Sukan | mStar

Peluang Rebut Dua Kejuaraan Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa

LANGKAWI: Juara remaja kebangsaan, Syed Agil Syed Naguib dari Negeri Sembilan mempunyai peluang merebut dua kejuaraan apabila melayakkan diri ke perlawanan akhir acara perseorangan dan bergu bawah 16 tahun pada Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Langkawi Geopark 2009 di Kompleks Sukan LADA Langkawi di sini esok.

Syed Agil menundukkan rakan sepasukannya Kamal Hazim Hassan 63 dan 67 pada perlawanan separuh akhir hari ini untuk acara perseorangan bertemu Krissna Kanthong dari Thailand yang mengalahkan Kevin Voon dari Singapura 60 dan 62.

Bagi acara bergu bawah 16 tahun, Syed Agil yang berpasangan denan Kamal Hazim akan berdepan dengan Krissna Kanthong/Faeez Said (Thailand/Sabah).

Pemain Filipina, Hannah Grace Erpinasi yang mengalahkan Sabarina Tan dari Singapura 63 dan 61 untuk layak ke pertandingan akhir perseorangan wanita bawah 14 tahun untuk bertemu dengan Keriabbw Roos dari Afrika Selatan yang sebelum itu mengalahkan Yasmin Welter dari Singapura 46, 75 dan 105.

Lebih 300 pemain dari 13 negara menyertai kejohanan lima hari itu anjuran Persatuan Lawn Tenis Langkawi dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), yang merupakan sirkit terakhir dari empat kejohanan. - BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain