suria

Pasukan Badmiton Wanita Dan Lelaki Negara Bertemu Indonesia Untuk Penentuan Emas

VIENTIANE: Skuad badminton wanita negara berpeluang untuk memecahkan penantian 34 tahun negara untuk merangkul pingat emas dalam acara berpasukan wanita selepas melayakan diri ke perlawanan akhir bertemu Indonesia esok.

Turut mengiring mereka, pasukan lelaki negara yang melayakan diri ke perlawanan akhir acara berpasukan lelaki untuk bertemu seteru utama dalam sukan badminton, Indonesia.

Terdahulu, skuad wanita negara mara ke final selepas menumpaskan Thailand 30 dalam pusingan separuh akhir yang berlangsung di Gimnasium 1, Kompleks Sukan Nasional di sini hari ini.

Pada peringkat separuh akhir pemain perseorangan pertama negara, Wong Mew Choo menyumbang mata pertama apabila menumpaskan Salakjit Ponsana 21-15, 21-17. Mata kedua kemudiannya diperoleh menerusi beregu ranking kelima dunia, Wong Pei Tty Chin Eei Hui yang menundukkan Duanganong AroonkesornKunchala Voravichitchaikul 19-21, 21-14, 21-14 sebelum Lydia Cheah mengalahkan Porntip Buranaprasertsuk 19-21, 21-18, 21-19 untuk mata ketiga negara.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan negara memenangi pingat emas bagi acara berpasukan wanita ialah pada Sukan SEA 1975 di Thailand manakala kali terakhir negara berjaya melangkah masuk ke pusingan akhir ialah pada 1977 apabila tewas kepada Indonesia.

Jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek berkata pasukan Indonesia merupakan pasukan pada perlawanan akhir esok.

"Jika dilihat di atas kertas, pasukan Indonesia lebih seimbang dan berpengalaman jika dibandingkan dengan pemain Malaysia dan Lydia memegang kunci utama pertarungan esok, jika beliau menang, maka pasukan negara mempunyai peluang untuk mencipta kemenangan," katanya.

Sementara itu, pasukan lelaki negara dengan mudah melangkah ke perlawanan akhir selepas menumpaskan pasukan Singapura 30 pada peringkat separuh akhir hari ini.

Pemain perseorangan, Muhammad Hafiz Hashim menang mudah ke atas Derek Wong 21-15, 21-15 dalam perlawanan yang mengambil masa 30 minit.

Mata kedua negara pula dimenangi beregu nombor satu dunia, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong apabila menewaskan Hendri K. SaputraHendra Wijaya 21-19 dan 10 selepas beregu Singapura itu menarik diri pada set kedua diikuti perseorangan kedua negara Kuan Beng Hong yang menumpaskan Ashton Chen 21-17, 21-17. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain