suria

Malaysia Ungguli Optimis Berpasukan Terbuka

LANGKAWI: Malaysia berjaya menjuarai acara Optimis berpasukan terbuka pada Kejohanan Perahu Layar Kebangsaan KFCMYAMILO 2009 di sini hari ini.

Skuad negara dibarisi pelayar pelapis Mohamad Faizal Norizan, Ahmad Latif Khan, Mohamad Farhan Hamid dan Ahmad Ahmad Syukri Abdul Aziz mengalahkan Singapura untuk meraih kejuaraan itu.

Pasukan Negeri Sembilan, yang diwakili oleh Mohamad Dzakiyy Yahaya, Mohamad Efiezal, Mohamad Amirul dan Nur Azirah Ainur Shahrum, menduduki tempat ketiga selepas menewaskan pasukan Kedah.

Negeri Sembilan turut meraih gelaran juara berpasukan peringkat kebangsaan. Lebih 300 pelayar dari 22 negara menyertai kejohanan empat hari itu. -BERNAMA

Artikel Lain