suria

Malaysia Menjuarai Tiga Kategori Siri Super Dunia

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya menjuarai tiga kategori kejuaraan badminton Siri Super Dunia Akhir menerusi pemain perseorangan wanita Wong Mew Choo, beregu wanita Wong PeiTtyChin Eei Hui dan perseorang lelaki Datuk Lee Chong Wei, Mew Choo muncul juara kejohanan badminton itu selepas menundukkan pemain Jerman, Juliane Schenk 2115 dan 217 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Johor Baharu hari ini.

Beregu wanita negara, PeiTtyEei Hui juga berjaya mempertahankan kejuaraan acara beregu selepas menundukkan beregu Denmark, Kamilla Rytter JuhlLena Frier Kristiansen 21-17 dan 21-14 pada perlawanan akhir itu.

Pemain nombor satu dunia, Chong Wei seperti yang dijangka berjaya mempertahankan kejuaraan apabila menumpaskan pemain Korea Selatan, Park SungHwan 21-17 dan 21-17. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain