suria

Kejohanan Perahu Layar Tarik Penyertaan 20 Negara

LANGKAWI: Seramai 380 pelayar dari 22 negara telah mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Perahu Layar Kebangsaan di sini dari 6 hingga 10 Disember ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata, antara negara itu ialah Australia, New Zealand, Poland, Perancis, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu, Austria, India, Singapura, Thailand, Indonesia, Myanmar dan Hungary.

Katanya kejohanan itu melibatkan kategori optimist, laser full rig, laser radial, laser 4.7, international 420, international 470 byte terbuka dan windsurfing.

Beliau berkata, kejohanan berkenaan juga merupakan sirkit terakhir kebangsaan bagi menentukan ranking pelayar di Malaysia.

Dua pelayar pelapis negara, Mohd Amirul Shafiq Md Jais dan peserta wanita Kharunneeta Mohd Afendy yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Remaja 2010 di Singapura, adalah antara 29 pelayar yang akan membawa cabaran Malaysia pada kejohanan itu.

Mohd Afendy berkata, kedua-dua pelayar itu layak selepas masing-masing merangkul tempat kedua pada kejohanan pusingan kelayakan Asia Byte CII yang berakhir di Pattaya, Thailand, Ahad lepas. -BERNAMA

Artikel Berikut

Fairuzizuan/ Zakry Tertekan

Artikel Lain