suria

Malaysia Belasah Timor Leste 11-0 Dalam Bola Sepak Sukan Sea

KUALA LUMPUR: Malaysia membelasah Timor Leste 11-0 dalam perlawanan bola sepak kumpulan A bagi memulakan kempen Sukan Sea Laos mereka dengan bergaya di Stadium Nasional di Vientiane, hari ini.

Menurut laman web rasmi temasya itu, www.laoseagames.2009, penyerang Ahmad Fakri Saarani mengucar-ngacirkan kubu lawan dengan jaringan hat trick, manakala seorang lagi penyerang, Norshahrul Idlan Talaha menyumbangkan dua gol.

Zaquan Adha Abdul Razak, Baddrol Baktiar, Amirulhadi Zainal, Amar Rohidan, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Razak masing-masing menyumbangkan satu gol bagi membolehkan Malaysia mencatatkan kejayaan paling besar dalam sejarah Sukan berkenaan.

Malaysia akan menentang Vietnam dalam perlawanan kedua Ahad ini, Kemboja pada 8 Disember dan juara bertahan Thailand pada 11 Disember.

Semua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional, kecuali perlawanan menentang Kemboja yang akan diadakan di Stadium Chao Anouvong.

Kumpulan B terdiri daripada tuan rumah Laos, Myanmar, Singapura dan Indonesia. BERNAMA

Artikel Sebelum

Fairuzizuan/ Zakry Tertekan

Artikel Berikut

Artikel Lain