suria

Liga Perdana Premier TNB-MHL 2009/10 Beraksi Di Empat Negeri

KUANTAN: Kejohanan Liga Premier Tenaga Nasional Berhad Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) 2009/10, bermula Jumaat ini buat pertama kalinya akan diadakan di empat venue negeri berbeza.

Kejohanan berkenaan turut membuat kemunculan sulung di kaca televisyen apabila bersiaran langsung di Astro SuperSport (saluran 811) dan Astro Supersport 2 (saluran 816) bemula 4 Dis sehingga 12 Feb tahun depan.

Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah kejohanan itu akan disertai enam pasukan kelab iaitu Sapura, TNb, KL Hockey Club, Maybank, UniKLIBIL dan NUR Insafi.

Titah baginda, kejohanan itu akan dibawa secara karnival ke empat venue iaitu di Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu sepanjang kejohanan itu berlangsung untuk mempromosikan dan mempopularkan sukan hoki di semua peringkat usia dan lapisan masyarakat.

"Selain disiarkan secara langsung di Astro, buat pertama kalinya kejohanan ini dipersembahkan di luar Kuala Lumpur dengan konsep baru iaitu secara karnival atau hari keluarga," titah Tengku Abdullah selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan 2009 PHM di sini. BERNAMA

Artikel Lain