Pahang Serah Rayuan Kepada FAM Untuk Beraksi Dalam Liga M - Sukan | mStar

Pahang Serah Rayuan Kepada FAM Untuk Beraksi Dalam Liga M

KUANTAN: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) hari ini mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan mereka dapat beraksi dalam Liga Malaysia musim depan.

Setiausaha PBNP Ahmad Nazri Mat Noor berkata pihaknya mengemukakan rayuan beserta dokumen-dokumen berkaitan bagi membolehkan pasukan Tok Gajah dapat didaftarkan selewat-lewatnya 9 Disember ini untuk beraksi dalam liga berkenaan musim depan.

"Semua masalah berkaitan kegagalan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah diselesaikan sepenuhnya. PBNP telah menyelesaikan tunggakan bayaran KWSP pada bulan Oktober lepas sebanyak RM555,307 selain bayaran Perkeso sebanyak RM53,828 dan LHDN lebih RM6,000 yang dibuat pada bulan ini.

"Kita akan serahkan semua dokumendokumen rasmi ini kepada FAM seperti yang dikehendaki hari ini bagi membolehkan Pahang dapat beraksi dalam Liga Malaysia musim depan," katanya di sini.

Pada 3 November lepas, FAM telah menamakan enam pasukan iaitu Kelantan (Liga Super), Perak (Liga Super), Pulau Pinang (Liga Super), Pahang (Liga Perdana), Melaka (Liga Perdana), serta sebuah kelab iaitu Shahzan Muda (Liga Perdana) tidak layak bertanding pada musim depan kerana pasukan itu gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan FAM seperti melunaskan gaji pemain yang tertunggak dan hutang tertunggak dengan KWSP.

Beliau berkata PBNP hanya menghadapi masalah berkaitan wang caruman sahaja dan bukannya melibatkan tunggakan gaji para pemain.

"Kita berharap FAM akan dapat mempertimbangkan rayuan kita ini," katanya.

Berkenaan persiapan skuad Tok Gajah untuk musim akan datang, beliau berkata skuad itu kelak bakal menyaksikan lebih separuh pemain baru.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berkenaan perkara berkenaan.

"Kita masih perlukan khidmat Dollah Salleh sebagai jurulatih," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Pafa Masih Hutang MBI RM350,000

Artikel Berikut

Santokh Singh Semakin Pulih

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain