suria

Pafa Masih Hutang MBI RM350,000

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) masih mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM350,000 kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sepanjang tahuh 2009, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim.

Beliau berkata hutang itu merupakan wang kutipan pintu masuk yang sepatutnya diserahkan kepada MBI selepas perlawanan dan digunakan untuk kos menyelenggara stadium dan kompleks sukan.

"Kita harap Pafa dapat menjelaskan tunggakan tersebut bagi memastikan kerja menyelenggara kemudahan di kompleks sukan dan stadium dapat dijalankan menggunakan wang tersebut.

"Tunggakan hutang RM400,000 sebelum itu telah dihapuskan bekas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebaik sahaja beliau dilantik Presiden Pafa tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Roshidi berkata jumlah hutang yang telah dilupuskan itu adalah hutang tertunggak sebanyak lima peratus daripada hasil jualan tiket yang dipersetujui Pafa sebelum ini untuk dibayar kepada MBI. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain