Irfan Bakti Sasar Satu Piala Buat Terengganu Musim Depan - Sukan | mStar

Irfan Bakti Sasar Satu Piala Buat Terengganu Musim Depan

KUALA TERENGGANU: Jurulatih pasukan bolasepak Terengganu yang baru, Irfan Bakti Abu Samah meletakkan sasaran untuk memenangi sekurangkurangnya satu piala buat pasukan itu dalam kempen saingan Liga Malaysia 2010.

Irfan Bakti yang sebelum ini membimbing pasukan Perlis, berkata kesediaannya melatih pasukan Terengganu musim depan kerana mendapati pasukan itu mempunyai potensi dan barisan pemain berkualiti. "Jadi itu sasaran saya. Kalau tidak tercapai sasaran itu, bermakna saya gagal," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau menggantikan Ken Worden yang tidak disambung kontraknya oleh Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) tahun depan.

Beliau juga yakin kedudukan kewangan yang PBSNT yang kukuh memudahkan laluan Terengganu untuk muncul sebagai salah sebuah pasukan terbaik tahun depan.

PBSNT menyediakan bajet sebanyak RM3 juta untuk menghadapi Liga Malaysia tahun depan, berbanding RM2 juta tahun ini.

Irfan Bakti yang pernah membimbing pasukan Negeri Sembilan dan Telekom Melaka berkata, beliau cukup gembira apabila ditawarkan untuk melatih pasukan Terengganu.

"Saya tidak akan siasiakan amanah persatuan, tambahan pula sebahagian besar daripada pemainpemain Terengganu saya kenal dan pernah saya bimbing, jadi, tidak ada masalah untuk saya membimbing pasukan ini," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala Juara-Juara Eropah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain