Zaiton Otman Penerima Anugerah Wanita Dan Sukan MOM - Sukan | mStar

Zaiton Otman Penerima Anugerah Wanita Dan Sukan MOM

KUALA LUMPUR: Bekas olahragawati negara, Zaiton Othman dipilih sebagai penerima Anugerah Wanita dan Sukan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 2009 yang disampaikan dalam satu majlis makan malam dianjurkan oleh MOM di sini malam tadi. Zaiton,50, bekas atlet heptatlet negara yang mendomininasi acara itu lebih sedekad di peringkat serantau dipilih oleh para juri atas jasanya yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam menarik penglibatan golongan wanita dalam sukan dan membantu mereka memburu kecemerlangan dalam sukan.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.

Dilahirkan di Kepada Batas, Pulau Pinang pada 1959, Zaiton memulakan zaman kegemilangannya dalam arena sukan dengan membantu kuartet 4x400 meter wanita negara memenangi pingat emas pada Sukan Asia di Bangkok pada 1978.

Beliau kemudiannya menyumbang satu lagi pingat emas buat negara pada penampilan pertamanya pada Sukan Sea Jakarta pada 1979 sebelum bersara daripada kejohanan kompetitif selepas Sukan Sea Kuala Lumpur 1989.

Zaiton yang kini menjadi pegawai sukan sepenuh masa di Majlis Sukan Negara (MSN) menjadi jurulatih pendidikan jasmani dan psikologi sukan yang juga Pengarah Kebajikan Atlet-atlet. Sementara itu, Presiden MOM Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar berkata anugerah itu diberikan setiap tahun kepada individu-individu atau kumpulan yang telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam mempromosikan, membangunkan dan memajukan bakat wanita dalam apa juga jenis sukan atau aktiviti yang berkaitan dengan sukan.

"Bagaimanapun, kita belum berjaya sepenuhnya dalam usaha kita untuk melahirkan pemimpin wanita yang menjadi pembuat keputusan seperti jurulatih, pegawai teknikal, pentadbir, pengurus dan saintis sukan. Jelas sekali ini perlu menjadi fokus kita seterusnya," katanya.

Beliau berkata usaha rakyat Malaysia masih terbatas dalam melahirkan lebih ramai atlet wanita yang berjaya dan mampu menyertai sukan sehingga ke peringkat Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

"Namun usaha itu kini sedang meningkat dan negara telah berjaya melahirkan beberapa jaguh dunia seperti Nicol David (Skuasy), Siti Zalina Ahmad (Boling Padang), Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman (Tenpin Boling) dan Wong Mew Choo (badminton), katanya.

Tunku Imran berkata sejak Anugerah Wanita dan Sukan diperkenalkan pada 2003, 22 personaliti telah menjadi penerima anugerah itu terdiri daripada jurulatih, presiden persatuan dan setiausaha sukan termasuklah wartawan sukan wanita.

Selain anugerah itu, lima anugerah lain juga disampaikan kepada penerima yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan wanita dalam bidang sukan.

Senarai Penerima Anugerah:

Anugerah Wanita dan Sukan MOM, 2009 Zaiton Othman

Anugerah Kepimpinan Wanita dan Sukan Tunku Dara Tunku Naquiah

Anugerah Pembangunan Peringkat Akar Umbi Wanita dan Sukan Faridah Osman

Anugerah Perkongsian Wanita dan Sukan Ann Marie & Desmond David (Ibubapa Nicol David) dan Abdul Rahman & Faudziah Mokhtar (Ibubapa Siti Safiyah Amirah).

BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain