suria

Ragbi: Borneo Eagles Tewaskan Cobra Bagi Kemenangan Bersejarah

PETALING JAYA: Pasukan ragbi utama Sabah, Borneo Eagles menewaskan juara bertahan Combined Old Boys Rugby Association (Cobra) 32-10 untuk memenangi kejuaraan pertama mereka pada Kejohanan Ragbi HSBC-Cobra 10 di Padang Utara di sini semalam.

Borneo Eagles yang diwakili oleh 13 pemain import, menguasai permainan 30 minit terakhir dengan serangan yang teratur dan pertahanan untuk lima tries, dua conversion dan satu penalti sementara lawannya melakukan dua tries.

Pengurus pasukan Sandakan itu, K.H.Tan berkata kemenangan mudah tersebut untuk mengatasi tuan rumah disebabkan perancangan permainan yang baik.

"Pemain-pemain kita mengikuti perancangan permainan daripada jurulatih mereka Tomasi Cama. Kita telah mempelajari dan memperbaiki gaya permainan kita daripada dua kejohanan yang kita telah sertai Borneo Ragbi 7 dan Kelab Kriket Singapura 7," kata beliau.

Ketika mara ke perlawanan akhir, Borneo Eagles menewaskan RMR Warrior 76-00 pada suku akhir dan separuh akhir, mengalahkan Penguin International dari United Kingdom 22-0.

"Sebelum kejohanan bermula, banyak diperkatakan bahawa Penguin dan Cobra merupakan dua pasukan terunggul yang akan memenangi kejuaraan ini. Tetapi, sebagai underdog, kita sentiasa bekerja sebagai satu pasukan dan mengatasi lawan utama dengan keputusan yang memuaskan," kata Tan.

Dengan kekalahan ini, bermakna Cobra gagal mempertahankan kejuaraan keenam mereka sejak kewujudan kejohanan itu pada tahun 1967. Mereka telah menang pada tahun 1968, 1972, 1977, 1998 dan 2008.

"Kita agak tidak bernasib baik pada akhir. Strategi kita tidak boleh digunakan untuk kita dari mula lagi perlawanan," kata jurulatih Cobra Boon Hoon Chee.

Cobra di tempat teratas dalam perlawanan kumpulan mereka dengan menewaskan Swanbourne Nomads dari Australia 21-5 pada suku akhir dan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAs) dari Putrajaya 19-7 pada perlawanan akhir.

Borneo Eagles mendapat hadiah wang tunai AS$3,000 (RM10,500) sementara Cobra memperoleh AS$2,000 (RM7,000).

Pada pertandingan juara tambahan, Piala Plate dimenangi oleh NS Wanderers dari Seremban yang menewaskan Northlink College dari Afrika Selatan 22-12, dan Sabah Eagles menewaskan Piala Bowl setelah mengalahkan pendatang baru Indian Invaders 34-17, pada akhir perlawanan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain