Malaysia Sasar Ke Suku Akhir Kejohanan Bola Keranjang Asia - Sukan | mStar

Malaysia Sasar Ke Suku Akhir Kejohanan Bola Keranjang Asia

KUALA LUMPUR: Malaysia, yang julung kali menjadi tuan rumah kejohanan sulung bola keranjang bawah 16 tahun lelaki Asia Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa mensasarkan untuk mara ke suku akhir di kejohanan yang akan berlangsung di Johor Baharu, Khamis ini.

Pembantu pengurus pasukan Sim Sin Heng berkata walaupun ini adalah kejohanan sulung bagi peringkat umur bawah 16 tahun, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) yakin skuad negara berpotensi mara ke peringkat suku akhir.

"Sebenarnya adalah agak sukar bagi MABA untuk membuat sasaran kerana ini adalah kejohanan sulung dan kita tidak tahu kekuatan lawan.

"Namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh setiap pemain setelah berlatih selama enam bulan membuat kami yakin mereka berpotensi mara jauh," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sim, yang juga Penolong Setiausaha MABA, berharap setiap pemain yang telah dipilih untuk menyertai kejohanan itu mengunakan sebaiknya peluang ini kerana peluang seumpama hanya datang sekali.

Sim berkata skuad negara, yang diundi dalam kumpulan D bersama pasukan Thailand, Taiwan dan Iran, perlu menang sekurangkurangnya dua perlawanan untuk mara ke peringkat suku akhir.

Lima belas pemain bawah 16 tahun yang dipilih menyertai skuad bola keranjang negara ialah Ang Vui Hang, Lee Chi Hern, Tan Hui Kee, S.Prem, Chua Yip How, Chua Jian Sheng, Yeo Ivan, Loh Shee Weng, Fong Yen Yee, Tai Seng Min, Ong Wei Yong dan R. Kamalanthan.

Antara 14 buah negara yang menyertai kejohanan itu ialah Bahrain, China, Jordan, Jepun, Iran dan Singapura.

Kejohanan FIBA Asia bawah 16 tahun wanita akan diadakan di Penu, India pada akhir bulan ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

KEPUTUSAN LIGA SEPANYOL

default image

KEPUTUSAN BOLASEPAK SELURUH DUNIA

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain