suria

Kementerian Belia Dan Sukan Anjur Semula Kem Bakat Badminton

IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menggerakkan semula program Kem Bakat Badminton di seluruh negara bagi mencungkil bakat-bakat baru yang boleh digilap untuk menjadi pelapis kepada pasukan negara.

Pengarah Cawangan Kemajuan Sukan Bahagian Pembangunan Sukan KBS Abdul Ghani Abdul Rahman berkata program berkenaan pernah dijalankan selama dua tahun bermula pada 2001.

Program berkenaan dikatakan terbantut ekoran masalah peruntukan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penutupan Bakat Badminton di sini, beliau penganjuran kem berkenaan dapat membantu melahirkan bakat baru yang di kalangan generasi muda.

"Kecemerlangan sukan badminton yang membanggakan negara mungkin terkubur jika tiada jalan penyelesaian dalam tempoh terdekat," katanya.

Kem Bakat Badminton dilaksanakan melalui kerjasama dengan Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Turut hadir pada majlis itu ialah penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Jailani Sidek dan jurulatih yang juga pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim.

Seramai 62 pelajar sekolah rendah dan menengah dari Perak dan Pulau Pinang menyertai kem tersebut selama tiga hari yang bermula Jumaat lepas. BERNAMA

Artikel Lain