suria

Pasukan New Zealand dahului kelayakan Asia Piala Monsun

KUALA TERENGGANU: Pasukan New Zealand yang diketuai Phil Robertson mendahului pasukan-pasukan lain pada hari kedua Kelayakan Asia Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong di sini semalam.

Pasukan tersebut setakat ini mengumpul 10 mata iaitu empat mata diperolehi pada hari pertama semalam dan enam mata semalam.

Saingan terdekatnya ialah Team EM yang diketuai pelayar Morten Jakobsen, yang berjaya mengumpul lapan mata.

Sebanyak tujuh pasukan termasuk empat pasukan baru bersaing dalam saingan itu bagi merebut satu slot bertanding dalam kejohanan Piala Monsun yang akan diadakan di Pulau Duyong bulan depan.

Lima pasukan lain ialah Malaysia Armed Forces 1 dan Taring Pelangi dari Malaysia, SLAM Match Race Team, Team Hong Kong dan Team JFP.

Malaysia Armed Forces 1 mengumpul enam mata, Taring Pelangi (3), Slam Match Race Team (7), Team Hong Kong (6) dan Team JFP (7).

Saingan hari ketiga hari ini akan menentukan empat pasukan teratas yang akan layak memasuki pertandingan separuh akhir yang akan dijalankan Jumaat ini.

Peluang untuk melayakkan diri ke separuh akhir masih lagi terbuka, berikutan keadaan angin yang dijangka bertambah baik hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain