Sazali Juara Bantamweight Bina Badan Dunia Di Dubai - Sukan | mStar

Sazali Juara Bantamweight Bina Badan Dunia Di Dubai

KUALA LUMPUR: Jaguh bina badan negara Sazali Samad menambah koleksi kejuaraan dunianya apabila muncul juara kategori Bantamweight pada kejohanan bina badan Persekutuan Bina Badan dan Sukan Tubuh Dunia (WBPF) kali pertama di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu yang berakhir semalam.

Sazali mengetepikan empat pencabar utama Alaa Hlail Mohsin (Iraq), Somkhit Sumelhowetchakun (Thailand), Nguyen Van Lam (Vietnam) dan Milef Ahmed Alghamdf (Arab Saudi).

Beliau pernah memenangi gelaran Mr Universe pada kejohanan dunia di Melaka (2000), Moscow (2004) dan Ostrava, Czech Republic (2006), kesemuanya dalam kategori Bantamweight, serta di Jeju Island, Korea Selatan (2007) bagi kategori Lightweight.

Sementara itu, Buda Anak Ancang, yang membuat penampilan kali pertama, menduduki tempat keempat kategori Flyweight dalam saingan melibatkan lima peserta dengan peserta-peserta lain adalah Pongkan Jiraphan (Thailand), Yousif Ahmed Hasan (Iraq), Mohamad Azli Jumat (Brunei Darussalam) dan Heydari Mahdi (Iran).

Setiausaha Kehormat Persekutuan Bina Badan Malaysia Lt Komander Kamaruzaman Kadir berkata kemenangan Sazali sudah diduga tetapi bagi Buda, ia jelas satu kejutan.

" Pencapaian Buda sangat membanggakan berikutan ini pertandingan pertama beliau dalam kategori itu. Pencapaian cemerlang ini adalah hasil kerja keras selama beberapa bulan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Dubai semalam.

Kontinjen Malaysia seramai enam anggota ke Kejohanan WBPF yang bermula 3 Nov diketuai Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia Datuk Wira Gan Boon Leong.

Selain Sazali dan Buda, dua lagi atlet bina badan negara bersaing dalam kejohanan itu iaitu Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (Light Weight) and Othman Yahya (Light Heavyweight).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain