suria

Penyokong Kelantan ditahan kerana cuba cetus pergaduhan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang penyokong Kelantan yang disyaki cuba mencetuskan pergaduhan selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam semalam.

Menurut jurucakap polis, kejadian itu berlaku kira-kira 12.05 tengah malam ini, di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil.

Difahamkan, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu cuba melakukan provokasi terhadap penyokong Negeri Sembilan.

Lelaki terbabit akan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut, kata jurucakap polis itu.

Tinjauan Bernama mendapati tiada kejadian lain yang tidak diingini berlaku di luar stadium itu.

Dalam perlawanan akhir itu, Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 3-1.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain