suria

Malaysia terlepas separuh akhir hoki wanita Piala Asia

BANGKOK: Malaysia terlepas peluang ke separuh akhir Kejohanan Hoki Wanita Piala Asia ke-7 di sini setelah berhempas-pulas seri 1-1 dengan India dalam perlawanan akhir Kumpulan A.

Sebelum perlawanan malam semalam, pasukan itu di bawah jurulatih Yahya Atan memperoleh enam mata selepas tiga perlawanan dalam kumpulan mereka di mana pasukan tersebut telah tewas dengan China 0-4 to sebelum mengalahkan Singapura 4-0 dan Thailand 3-0.

Pasukan itu perlu menewaskan India malam ini untuk menempah tempat pada empat terakhir kerana lawannya menang pada perlawanan itu dengan tujuh mata, seri 1-1 dengan China, menang 13-0 dengan Singapura dan Thailand 15-0.

Malaysia, ranking ke-24 dunia, mula dengan baik dan mengejutkan pasukan India pada gol pembukaan dalam minit ketiga perlawanan itu apabila Juliani Mohd Din memasukkan gol sudut penalti.

Ranking ke-14 dan lebih berkemahiran pasukan India membuat serangan bertubuitubi terhadap Malaysia, tetapi penjaga gol Farahayuni Atan dan pemain pertahanan bermain sangat baik untuk menentang lawannya.

Bagaimanapun, pemain India mampu menyamakan pungutan gol dalam minit ke-28 melalui gol Benita Kapoor.

Yahya berkata pasukan itu bermain dengan baik serta dengan semangat yang tinggi.

"Saya bangga dengan pemainpemain itu. Mereka bermain mengikut strategi kita dan tidak gentar dengan lawannya," kata beliau pasukan itu akan menentang Hong Kong untuk tempat kelima hingga kelapan.

Juara Piala Asia dijamin untuk satu tempat pada Piala Dunia 2010 di Argentina.

Presiden Persekutuan Hoki Asia Sultan Azlan Shah berangkat menyaksikan perlawanan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain