suria

Badminton Remaja Dunia: Tiga perseorangan dan tiga beregu mara ke suku akhir

ALOR SETAR: Tiga perseorangan negara iaitu dua lelaki dan satu perempuan melangkah ke peringkat suku akhir pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim di sini.

Iskandar Zulkarnain yang turun selaku pilihan kedua dipaksa bermain tiga set oleh dari Thailand, Pisit Poodchalat sebelum mencatat kemenangan 18-21, 21-15 dan 21-17.

Seorang lagi perseorangan negara, Misbun Ramdan Mohamed Misbun turut mengiringi Iskandar selepas menumpaskan Nikolaj Persson dari Jerman dengan 21-18 dan 28-26.

Bagaimanapun, Zulfadli Zulkifli gagal mengikut jejak dua lagi rakannya apabila ditunjukkan jalan keluar oleh pilihan pertama dari China, Tian Houwei 21-19 dan 21-17.

Sementara itu, Tee Jing Yi meneruskan cabaran Malaysia dalam acara perseorangan perempuan selepas mudah menundukkan Ying Suet Tse dari Hong Kong dengan kemenangan straight set 21-9 dan 21-10.

Perjuangan Sonia Cheah Su Ya berakhir apabila ditewaskan oleh pilihan pertama dari China,Chen Xiaojia dengan 17-21 dan 19-21. Sementara itu satu pasangan beregu perempuan, Ng Hui Ern-Lai Pei Jing turut melangkah ke suku akhir sesudah mengenepikan kombinasi Indonesia Claudia Ayu Wijaya-Della Destira Haris dengan 22-20 dan 22-20.

Bagaimanapun,langkah Shevon Jemie Lai-Ong Boon Hui tersekat apabila tewas kepada pasangan Vietnam,Nguyen Thi Sen-Vu Thi Trang dengan 15-21 dan 10-21.

Pasangan beregu lelaki Chooi Kah Ming-Ow Yao Han turut mara dengan menundukkan wakil Sweden, Simon Bergstron-Patrick Lundvit dengan straight set 21-17 dan 21-12.

Gandingan Goh Jian Hao-Phang Zheng Lin turut terkandas ke suku akhir apabila ditewaskan oleh pilihan 3/4 dari Thailand Tin D.Caballes-Nipithon Phuangphuapet dengan 20-22, 21-13 dan 18-21.

Perlawanan suku akhir akan berlangsung petang ini pada 6 petang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain