suria

Pusat sukan lasak mungkin diwujudkan di Taman Pertanian Malaysia

SHAH ALAM: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengkaji kemungkinan untuk membuka sebuah pusat sukan yang berorientasikan aktiviti lasak di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam.

Menteri berkenaan Datuk Noh Omar berkata pusat sukan 'Extreme Park' di Taman Pertanian Malaysia itu sebagai medium alternatif bagi golongan muda dan pelancong mengisi masa lapang mereka dengan lebih berfaedah.

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim yang terdapat di taman itu juga akan dinaik taraf, katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfitri anjuran Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam di sini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain