suria

Malaysia kalahkan Singapura 4-1

ALOR SETAR Selepas mendapat kemenangan percuma pada sebelah pagi, pasukan badminton remaja negara mempamerkan kecemerlangan apabila menewaskan Singapura 4-1 dalam perlawanan kumpulan Z Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim di sini, semalam.

Pasangan beregu campuran Chooi Kah Ming-Ng Hui Ern memberi mata pertama selepas mengalahkan Jeffrey Wong Hao Cong-Thng Ting Ting 211-0,21-13.

Perseorangan lelaki utama Malaysia, Iskandar Zulkarnai Zainuddin menjadikan kedudukan 2-0 apabila menjinakkan Koh Jia Yi 21-11,21-10 manakala mata kemenangan Malaysia disumbangkan oleh perseorangan perempuan Tee Jing Yi yang menundukkan Chen Jiayuan 21-18,21-6.

Beregu lelaki negara pula yang dibarisi Ow Yoa Han-Pang Zheng Lin menyingkirkan Jeffrey Wong Hao Cong-Koh Jia Yi 21-11,21-17.

Bagaimanapun, impian kem negara untuk memungut mata kelima lebur apabila beregu perempuan Lai Pei Jing-Ng Hui Ern tewas 19-21,2116,24-26 kepada Thng Ting Ting-Chen Jiayuan dalam pertarungan sengit.

Sementara itu, ketua jurulatih pasukan negara, Sun Chenghwa berkata keputusan itu menunjukkan bahawa masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki oleh pemainnya terutama menjelang pertemuan dengan Jepun dan Perancis hari ini.

"Kita boleh mencatat keputusan yang lebih baik dalam perlawanan tadi tapi pemain kita kurang serius sehingga banyak melepaskan beberapa peluang.

"Kepantasan ketika membuat pukulan juga perlu dipertingkatkan," katanya kepada pemberita di sini selepas perlawanan.

Keputusan (Malam):

Kumpulan X1: Thailand mn Jerman (5-0)

Kumpulan X2: Hong Kong mn Denmark (3-2) Kumpulan Y1: India mn Kanada (5-0)

Kumpulan W: China mn New Zealand (5-0),

Indonesia mn Russia (5-0)

Kumpulan Z: Malaysia mn Singapura (4-1), Jepun mn Perancis (5-0)

BERNAMA

Artikel Lain