suria

166 pemain sertai Kejohanan Skuasy Tertutup Pahang

KUANTAN: Seramai 166 peserta akan menyertai Kejohanan Skuasy Senior dan Junior Tertutup Pahang 2009 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Pengerusi Kejohanan, Ng Kean Lu berkata penyertaan kali ini lebih ramai berbanding 120 peserta pada tahun lepas.

"Kejohanan itu akan melibatkan enam kategori lelaki dan wanita iaitu bawah sembilan, 11, 13, 15, 17 tahun dan terbuka yang berlangsung buat kali ketiga di gelanggang skuasy Majlis Sukan Pahang (MSP)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kejohanan anjuran Persatuan Squash Pahang dan Unit Sukan Jabatan Pelajaran Pahang itu menawarkan hadiah keseluruhan RM13,000.

Kebanyakan pemain yang menyertai kejohaan ini terdiri daripada pemain yang mewakili Akademi Squash Pahang, sekolah di Pekan, Temerloh dan Lipis serta Kolej Matrikulasi Gambang dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). BERNAMA

Artikel Lain