suria

Malaysia mula langkah kanan pada Kejohanan Piala Saudagar

JOHOR BAHRU: Malaysia memulakan Kejohanan Kriket Piala Saudagar 2009 dengan langkah kanan apabila mendahului Singapura hari pertama saingan di Padang Akademi Majlis Kriket Johor di Mutiara Rini di sini hari ini.

Memilih untuk membuat pukulan terlebih dahulu, Malaysia melakukan 357 larian dengan kehilangan sembilan wiket pada mandatori akhir 7-5 over.

Singapura merupakan juara bertahan kejohanan itu.

"Ia masih awal tetapi ini satu permulaan baik.Harap persembahan hari ini akan meningkatkan semangat pasukan untuk mencipta kejayaan pada dua hari berikutnya," kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur edisi ke-40 Datuk Dr Harjit Singh.

Perlawanan siri tahunan antara Malaysia dan Singapura itu disaksikan oleh Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim, yang kemudian diperkenalkan kepada semua pemain dari keduadua pasukan itu.

"Dua puluh tahun lalu apabila Johor menjadi tuan rumah Piala Saudagar, ayahanda Raja Muda, Tunku Mahkota Johor, adalah tetamu khas dan hari ini, kami beri penghormatan kepada anaknya," katanya. BERNAMA

Artikel Lain