suria

Siri Piala Premier menarik 400 entri

KUALA LUMPUR: Pertandingan ekuestrian berprestij Malaysia, Piala Premier Siri 2, berjaya menarik 400 penyertaan dalam disiplin showjumping dan dressage yang akan dipertandingkan mulai hari ini hingga Ahad di Taman Ekuestrian Putrajaya.

Pengerusi jawatankuasa penganjur Datuk Abdul Razak Latiff dalam kenyataannya semalam berkata siri itu yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 telah menerima entri dari kelab-kelab di Lembah Klang, Perak dan Terengganu.

Beliau berkata sejak acara itu dimulakan pada 2000, ia terus berjaya menarik peserta-peserta tempatan dan antarabangsa dari Brunei, Hong Kong, Korea Selatan, Filipina, Indonesia, Thailand, Singapura dan Australia.

Oleh kerana populariti dan responnya, dua Siri Piala Premier diadakan tahun ini dengan yang pertama berlangsung dari 18 hingga 21 Jun.

Abdul Razak berkata pertandingan itu terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma sementara penganjur telah menyusun acara menunggang kuda padi dan kereta kuda percuma untuk kanak-kanak dan aktiviti famili lain seperti pertandingan mewarna. BERNAMA

Artikel Lain