suria

Alister McRae akan tampilkan Proton, mengambil tempat pemandu Malaysia Karamjit Singh

MELBOURNE: Salah satu nama terkemuka dalam rali dunia akan menyertai Proton untuk melakukan cabaran di Kejohanan Rali Asia Pasifik Rali, Rali Indonesia.

Warga Scotland yang menetap di Australia, Alister McRae merupakan bintang rali terbaru yang akan memandu Proton Satria Neo, pencabar rali s2000 baru Proton.

Proton Australia berkata McRae, kini tinggal di Perth, akan memandu Satria Neo 2000 yang disediakan oleh Elliott Motorsports pada Rali Indonesia, pada 34 Oktober.

McRae akan menggantikan bintang rali Malaysia Karamjit Singh yang mengemukakan penampilan kali pertama APRCnya di Malaysia bulan lepas sebelum tewas pada peringkat awal.

Bekas pemandu Hyundai dan saudara kepada johan Rali Dunia 1995, mendiang Colin McRae, Alister akan berpasangan dengan pembantu pemandu Australia Bill Hayes.

Rali Indonesia adalah pusingan keenam Kejohanan Rali Asia Pasifik namun merupakan rali kedua bagi pasukan Proton R3 Malaysia.

Nama McRae adalah sinonim dengan rali selama lebih tiga dekad dan Alister mempunyai lebih 20 tahun pengalaman termasuk kejohanan nasional British.

Pencapai McRae baru-baru ini termasuk kemenangan di Targa Tasmania di Australia tahun lepas. BERNAMA

Artikel Lain