suria

Pakar-pakar puas hati dengan peraturan keselamatan Komanwel Delhi 2010

NEW DELHI: Beberapa negara peserta setakat ini puas hati dengan peraturan keselamatan Sukan Komanwel Delhi 2010 selepas melihat persiapan mengenainya di bandaraya ini.

Perwakilan dari negara-negara Komanwel menghadiri persidangan Keselamatan Antarabangsa dua hari sebelum berlangsungnya sukan itu dengan penganjur berjaya meyakinkan mereka tentang kemampuan tuan rumah menangani sebarang masalah keselamatan.

"Sehingga kini tidak ada ancaman tertentu terhadap Sukan Komanwel, atau India atau mana-mana negara (peserta) lain. Rata-rata, pakar keselamatan tertarik dengan peraturan keselamatan dan lalu lintas," kata setiausaha dalam negeri India G. K. Pillai kepada media semalam. Kementerian Dalam Negeri India membentuk pasukan keselamatan, International Security Liaison Group, bagi menyelaras peraturan keselamatan, setelah beberapa negara peserta mendesak India memperketat langkah keselamatannya untuk atlet dan pegawai.

"Tidak ada sebuah negarapun menyatakan mereka tidak puas hati dengan peraturan yang kita sediakan. Keseluruhannya mereka puas hati dengan penerangan kami dan mereka mahukan kami menangani sebarang persepsi ancaman yang dilaporkan oleh media," tambah Pillai.

Katanya, 76 wakil dari 28 negara, kebanyakannya profesional keselamatan, yang menghadiri mesyuarat di Delhi, juga memberi jaminan kepada India mereka akan memperkongsikan sebarang maklumat ancaman keselamatan kepada Sukan Komanwel, diadakan di rantau Asia buat kali kedua itu.

Malaysia menjadi hos sukan itu pada 1998. BERNAMA

Artikel Lain