suria

Pemain badminton veteran pertahankan gelaran di Kejohanan Dunia

KOTA KINABALU: Pemain veteran Sabah John Ho Tze Fah akan mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Badminton Dunia Veteran Cina ke-16 di Nanjing, China, Ahad ini.

Ho, 66, ahli Persatuan Warga Veteran Sabah, akan mempertahankan gelaran dalam acara perseorangan dan beregu lelaki kategori 6569 tahun yang dimenanginya pada kejohanan tahun lepas di Kunming, China.

Sejak 2004, Ho menyertai kejohanan antarabangsa di Kuala Lumpur dan beberapa wilayah di China dan Taiwan.

Awal minggu, Ho telah mengunjungi Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Peter Pang En Yin.

Pang memuji Ho kerana mengamal gaya hidup sihat dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya pada kejohanan di China.

"Saya harap anda akan berjaya mempertahankan gelaran dan membawa pulang lebih banyak pingat ke Sabah," Pang memberitahu Ho. BERNAMA

Artikel Sebelum

Liga Perdana England

Artikel Lain