suria

Lin Dan juarai Kejohanan Badminton Dunia ketiga

HYDERABAD: Juara badminton dunia dua kali Lin Dan sekali lagi menjuarai Kejohanan Dunia Yonex-Sunrise apabila menewaskan rakannya Chen Jin pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di Gawchibowli Indoor Stadium di sini Ahad.

Kesungguhan sebenar pada akhir perlawanan tidak ada, yang mengecewakan ramai peminat badminton, tetapi Lin Dan mempersembahkan kemahiran kelas dunia untuk menghiburkan penonton pada kejohanan tersebut.

Lin Dan menguasai permainan dengan mudahnya memenangi set pertama 21-18. Tetapi Chen, juara gangsa kejohanan dunia 2007, yang menyamai tahap perlawanan itu pada perlawanan kedua menyamai pada setiap mata tetapi kesalahan yang dilakukan meningkatkan lagi pungutan mata Lin Dan.]

Sungguhpun ada beberapa pukulan cantik oleh Chen, beliau gagal menyekat Lin Dan yang mara untuk menjuarai perlawanan 21-16, apabila pukulan akhir Chen jatuh dengan dekat, mengelirukan pengadil sebelum Lin Dan diumumkan sebagai pemenang.

"Saya sangat gembira memenangi kejohanan ini kali ketiga. Latihan pemain China sangat berkesan. Saya tidak menganggap diri saya terlalu bijak, saya akan cuba untuk memberikan persembahan dengan baik pada masa akan datang," Lin Dan memberitahu media selepas perlawanan akhir itu.

Lin Dan menerima piala emas, menjadikan pemain pertama memenangi kejohanan itu tiga kali (menang pada 2006/2007), sementara Chen memperoleh perak dan Taufik Hidayat dan Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia berkongsi gangsa.

Negara pemain badminton terkuat China terus mempamerkan keagungannya dalam sukan ini, menguasai kebanyakan permainan akhir di Hyderabad, sementara Indonesia dan Malaysia gagal mempamerkan kecemerlangan dalam kejohanan ini.

Dalam permainan perseorangan akhir wanita, pilihan ketujuh Lu Lan menewaskan Xie Xingfang 23-21, 21-12 untuk menjadi juara dunia yang baru.

Dalam perlawanan menarik beregu lelaki, pasangan Yun Chai-Haifeng Fu yang bermain dengan bertungkus lumus memenangi emas denga menewaskan Jae Sung Jung dan Yong Dae Lee dari Korea Selatan 21-18, 16-21, 28-26.

Dalam beregu wanita pada akhir perlawanan Yawen ZhangTingting Zhao dari China menewaskan Shu ChengYunlei Zhao 17-21, 21-17, 21-16.

Pada beregu campuran, pasangan dari Denmark Thomas LaybournKamilla Rytter Juhl mengalahkan Nova WidiantoLiliyana Natsir dari Indonesia 21-13, 21-17.

"Ia satu kemenangan yang menghairankan, ini merupakan kemenangan terbesar dalam hidup saya. Ini akan membantu membangunkan badminton di Denmark dan membuat persediaan untuk Sukan Olimpik 2012 di London," kata Laybourn.

Keputusan penuh (akhir): Perseorangan lelaki: Lin Dan (CHN) mn Chen Jin (CHN) 21-18, 21-16

Perseorangan wanita: Lu Lan (CHN) mn Xingfang Xie (CHN) 23-21, 21-12

Beregu lelaki: Yun Chai/Haifeng Fu (CHN) mn Jae Sung Jung/Yong Dae Lee (KOR).

Beregu wanita: Yawen Zhang/Tingting Zhao (CHN) mn Shu Cheng/ Yunlei Zhao (CHN) 17-21, 21-17, 21-16

Beregu campuran: Thomas Laybourn/Kamilla Juhl (DEN) mn Widianto/Natsir (INA) 21-13, 21-17

BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain