KL'09: Nur Feiqah hampir tepati ramalan pungut dua pingat emas - Sukan | mStar

KL'09: Nur Feiqah hampir tepati ramalan pungut dua pingat emas

KUALA LUMPUR: Nur Feiqah Maulud Mohd Halil semakin hampir untuk memenuhi harapan negara yang ingin melihat kilauan dua pingat emas menjadi miliknya, apabila beliau berjaya mengumpul tiga mata pada pusingan kelima acara catur Sukan Asean kelima (KL'09) yang berlangsung di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara, di sini semalam.

Ketua jurulatih skuad catur paralimpik negara Abdul Latif Mohammad berkata setelah lima pusingan berlangsung, Nur Feiqah kini mendahului peserta lain dengan kelebihan tiga kemenangan.

"Saya harap Nur Feiqah mampu mencapai sasaran pingat bagi kategori wanita B2/B3 (rabun) dan kategori berkumpulan wanita, memandangkan beliau pernah memenangi pingat emas bagi kategori yang sama pada Sukan Paralimpik Asean di Korat, Thailand tahun lepas," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Abdul Latif berkata walaupun 'ayam tambatan' bagi skuad negara, Mah Hassan Omar, (perakSukan Para Asean Korat, Thailand 2008) yang mengambil bahagian bagi kategori B1 (buta), tidak dapat memberi tumpuan kepada pertandingan akibat sakit perut, ia tidak akan mengugat sasaran asal enam pingat emas bagi acara catur.

Esok pusingan keenam (akhir) bagi acara tersebut akan menjadi penentu pemenang pingat emas bagi kesemua 16 acara yang dipertandingkan.

Catur menawarkan 16 pingat emas bagi pelbagai kategori acara lelaki dan wanita. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain