suria

Jurulatih Malaysia diuji negatif A (H1N1)

HYDERABAD: Seorang jurulatih regu Malaysia yang disyaki mempunyai simptom Influenza A (H1N1) diuji negatif. "Jurulatih Malaysia diuji negatif H1N1," kata kenyataan ringkas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Punniah Choudary, setiausha penganjur kejohanan badminton dunia memberitahu Bernama bahawa jurulatih itu disahkan bebas dari jangkitan penyakit itu.

"Selain itu, seorang daripada dua pemain Thai yang disyaki mempunyai simptom flu telah dibenarkan keluar hospital, beliau sihat dan seorang lagi masih di hospital," ujar Punniah.

Jurulatih Malaysia itu menghidap demam sejak beliau tiba di Hyderabad untuk hadir di Kejohanan Badminton Dunia YonexSunrise minggu lepas dan telah menjalani pemeriksaan perubatan berkala.

Pada Selasa lepas, beliau dibawa ke hospityal setelah jurulatih itu mengadu demam dan sakit tekak.

Beliau dirawat di Chest Hospital di Erragadda, kira-kira 10km dari Gawchibowli Stadium.

Sementara itu, BWF berkata pemain regu lelaki Austria menarik diri dari kejohanan itu kerana mereka rasa tidak selamat di Hyderabad. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain