suria

Badminton: Tiga perseorangan, dua beregu negara masih bertahan

HYDERABAD: Beregu wanita negara Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty telah membuktikan status mereka sebagai beregu pilihan utama pada Kejohanan Badminton Dunia di sini apabila layak ke pusingan ketiga hari ini.

Pada pusingan kedua semalam, pasangan negara itu mengatasi gandingan Sweden Emelie Lennartsson/Emma Wengberg 21-13, 21-11.

Bagaimanapun, dua lagi beregu wanita negara tersingkir apabila Fong Chew Yen/Mooi Hing Yau tewas kepada Shendy Puspa Irawati/Meilliana Jauhari dari Indonesia 21-14, 13-21, 18-21.

Chong Chin Sook/Woon Khe Wei pula kalah mengejut kepada beregu Korea Selatan, Lee Hyo Jung/Lee Kyung Won 14-21, 11-21.

Dalam acara beregu lelaki, beregu harapan negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menumpaskan Ola Fagbemi/Jinkan Ifraimu dari Nigeria 21-5, 21-6.

Terdahulu itu, Datuk Lee Chong Wei dan Wong Choon Hann layak ke pusingan ketiga acara perseorangan lelaki manakala beregu Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari turut melangkah ke pusingan seterusnya.

Bagaimanapun, pemain wanita utama negara Wong Mew Choo mendapat tamparan hebat selepas kecundang di tangan pemain Jepun Al Goto.

KEPUTUSAN PEMAIN M'SIA

PUSINGAN KEDUA:

Perseorangan Lelaki: Lee Chong Wei (MAs) mn Ola Fagbemi (NGR) 21-11, 21-14; Wong Choon Hann (MAs) mn Raul Must (EST) 21-12, 7-21, 21-16.

Perseorangan Wanita: Wong Mee Choo (MAs) kalah kepada Al Goto (JPN) 18-21, 21-12, 23-21.

Beregu Lelaki: Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari mn Hirobe/Komiyama (JPN) 21-14, 23-21; Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAs) mn Ola Fagbemi/Ifraimu (NGR) 21-5, 21-6.

Beregu Wanita: Chin Eei Hui/EongPei Tty (MAs) mn Emelie Lennartsson/Emma Wengberg (SWE) 21-13, 21-11; Shendy Puspa Irawati/Meilliana Jauhari (INA) mn Fong Chew Yen/Mooi Hing Yau (MAs) 14-21, 21-13, 21-18; Lee Hyo Jung/Lee Kyung Won (KOR) mn Chong Chin Sook/Woon Khe Wei (MAs) 21-12, 21-11. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain