Malaysia sudah bersedia anjur Sukan Para Asean - Sukan | mStar

Malaysia sudah bersedia anjur Sukan Para Asean

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan berprestij bagi atlet paralimpik di rantau ini, Sukan Para Asean kelima (KL'09), walaupun ia hanya akan berlangsung bulan depan, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Zainal Abu Zarin.

Nyata puashati dengan kelancaran persediaan yang dilakukan setakat ini, Zainal, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Para Asean Kuala Lumpur (KLAPGOC), berkata persiapan venue telah mencapai tahap 90 peratus. "Kita menggunakan kebanyakan venue yang pernah digunakan untuk menganjurkan Sukan Fespic pada tahun 2006.

"Walaupun kita tidak membuat perubahan struktur pada venue sukan sedia ada tetapi kita juga ada menyediakan kemudahan sementara yang bersesuaian untuk atlet paralimpik seperti yang kita buat pada tahun 2006," katanya dalam satu temubual dengan Bernama sempena KL'09 yang akan berlangsung pada 15 hingga 19 Ogos depan.

Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Para Asean kali kedua, selepas kali pertama menganjurkannya pada 2001, bagi menggantikan Laos yang menolak penganjuran sukan itu berikutan kekangan kewangan dan kemudahan.

Zainal, yang juga Presiden Persekutuan Sukan Para Asean (APSF), berkata pihak jawatankuasa penganjur temasya dwitahunan itu telah mewujudkan jawatan koordinator sukan dan pengurus venue bagi melancarkan persediaan bagi temasya sukan berkenaan.

"Dari segi logistik khususnya dari segi pengangkutan, kini kita tidak risau kerana pihak RapidKL telah bersetuju menyewakan 20 bas untuk kemudahan atlet yang berkerusi roda.

"Sementara pihak Proton akan menaja sebanyak 22 buah kereta yang akan digunakan sebagai kenderaan rasmi sepanjang temasya sukan dijalankan. Saya difahamkan pihak Proton juga masih mempertimbangkan untuk meningkatkan jumlah kereta yang hendak ditaja," katanya.

Zainal berkata agensiagensi kerajaan juga telah bersetuju untuk meminjamkan bas dan van jabatan milik mereka secara percuma kepada pihak penganjur.

Katanya persiapan akhir itu akan diperhalusi lagi pada mesyuarat keempat KLAPGOC akan datang pada 29 Julai ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain