suria

Malaysia sertai lagi perlumbaan mendaki Gunung Fuji

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan menghantar delegasi Perlumbaan Mendaki Gunung Fuji ke 62 di Jepun pada 24 Julai untuk tahun keempat berturut-turut dalam usaha mempromosi Sabah dan Mt. Kinabalu International Climbathon ke23, 2009 (MKIC '09) di kalangan rakyat Jepun.

Delegasi itu akan diketuai Pengerusi STB Dato' Seri Tengku Zainal Adlin dan Zachary Mobijohn, setiausaha penganjur (MKIC).

Menurut kenyataan oleh Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd, anak syarikat STB, pelumba terkemuka negara, Saffrey Sumping dan Danny Kuilin, kedua-dua dari Sabah akan mewakili Malaysia pada kategori lelaki dan wanita di perlumbaan di Jepun itu.

Danny Kuilin yang menduduki tempat kedua dalam acara Climbathon tahun lepas, membanggakan negara bila beliau merangkul tempat keempat dalam Perlumbaan Gunung Fuji tahun lepas.

Saffrey Sumping, yang menduduki tempat kelima alam acara climbathon tahun lepas, akan juga menyertai perlumbaan Gunung Fuji buat kali kedua tahun ini.

Sementara itu, Zachary berkata sejak menyertai perlumbaan Gunung Fuji pada 2005, bilangan pelumba Jepun dalam climbathon meningkat besar.

"Ini adalah juga program timbal balas dengan penganjur perlumbaan Gunung Fuji dengan matlamat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap Gunung Kinabalu," katanya.

Zachary berkata MKIC '09 akan berlangsung dari 24 hingga 25 Okt depan, perlumbaan yang merupakan peringkat akhir Federation of Sports (FSA) Sky Running World Series 2009. BERNAMA

Artikel Sebelum

United tewaskan Malaysia 3-2

Artikel Lain