suria

Perlawanan Piala Selangor dengan Kelab Persib Bandung 31 Julai ini

SHAH ALAM: Perlawanan bola sepak Piala Selangor 2009 akan diadakan antara pasukan Selangor dan Kelab Persib Bandung, Indonesia di Stadium Shah Alam di sini pada 31 Julai ini, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata perlawanan kali ini adalah amat bermakna kerana pasukan Kelab Persib Bandung yang menerima undangan Jawatankuasa Penganjur dan Kerja Piala Selangor, akan menjadi pasukan pertama dari Indonesia yang bakal bermain dengan pasukan Selangor.

"Perlawanan ini memberi pelbagai ruang dan kesempatan kepada Selangor untuk terus maju ke hadapan dalam sukan bola sepak, selain mengisi tabung Persatuan dan mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia," kata Khalid kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Piala Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Menteri Besar Selangor itu berkata FAS akan membiayai keseluruhan kos perlawanan Piala Selangor kali ini jika gagal mendapat sebarang bantuan tajaan daripada syarikatsyarikat penaja.

Tiket bagi perlawanan itu akan dijual di pejabat FAS dan di pintu masuk Stadium Shah Alam dengan harga RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanakkanak bawah 12 tahun.

Perlawanan bermula pukul 8.45 malam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain