suria

Jumlah maksimum sukan dalam Asia diputuskan Jumaat

KUALA LUMPUR: Jumlah maksimum acara sukan untuk Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan akan diputuskan pada persidangan agung Majlis Olimpik Asia (OCA) ke-28 di Singapura, Jumaat ini.

Ketika perdebatan mengenai perkara itu pada mesyuarat lembaga eksekutif OCA ke-54 semalam, anggota lembaga diberitahu bahawa Sukan Asia ke16 di Guangzhou, China pada 2010 akan mempertandingkan 42 acara sukan.

Menurut laman web rasmi OCA, selepas Guangzhou, OCA ingin mengurangkan jumlah acara kepada hanya 35 jenis sukan 28 acara pada Sukan Olimpik dan maksimum tujuh acara bukan olimpik yang lebih spesifik kepada Asia.

Naib presiden OCA, Shin YongSuk, yang juga pengerusi jawatankuasa hubungan luar Sukan Asia Incheon berkata penganjur Sukan Asia 2014 menerima banyak permohonan daripada persekutuan sukan untuk mengambil bahagian dalam sukan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Sukan OCA pula, Wei Jizhong berkata OCA mempunyai 90 acara dalam pelbagai Sukan dan masalahnya ialah bagaimana untuk mengagihkannya dan dalam masa sama mengekalkan citarasa serantau dalam acara utama, seperti kabbadi dari Asia Selatan dan sepaktakraw dari Asia Tenggara.

Beliau berkata pegawaipegawai OCA mahu memberi peluang memenangi pingat emas kepada banyak negara pada Sukan Asia tetapi mereka juga mahu mengelak kejohanan itu menjadi terlalu besar menyebabkan negara kecil tidak boleh menjadi tuan rumah sukan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain