suria

Kerbau hadiah Kejohanan Boling Media Piala Datuk Seri Najib

KUANTAN: Seekor kerbau akan dihadiahkan kepada pemain yang berjaya melakukan balingan sempurna sepanjang tiga pusingan dalam Kejohanan Boling Media Piala Datuk Seri Najib yang akan berlangsung di Mega Lanes di sini Jumaat ini.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Akmar Hisham Mokhles berkata 28 pasukan akan berentap dalam kejohanan itu.

Beliau berkata 112 pemain daripada 20 pasukan media di Pahang termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Pejabat Perdana Menteri (3 pasukan), Pejabat Menteri Besar Pahang (3 pasukan), Jabatan Penerangan (1 pasukan) dan satu pasukan orang kenamaan (VVIP).

Katanya setiap pasukan akan diwakili oleh tiga peserta lelaki dan seorang wanita.

Pertandingan ini merupakan kejohanan kali kedua selepas diadakan pada 2008 yang dimenangi RTM. BERNAMA

Artikel Lain