suria

Kejohanan Bola Jaring Asia: Sri lanka belasah Pakistan 102-12

KUALA LUMPUR: Pasukan Sri Lanka menunjukkan penguasaan mereka selepas menang besar ke atas Pakistan dengan 102-12 dalam perlawanan Kumpulan B Kejohanan Bola Jaring Asia Ketujuh yang berlangsung di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara di sini, hari ini.

Perlawanan yang dilihat sebagai berat sebelah itu menyaksikan juara tiga kali, Sri Lanka menguasai perlawanan dari awal hingga tamat perlawanan.

Iresha Koralagodage, 23, yang bertindak sebagai penyerang (GA) menjadi penjaring terbanyak buat pasukannya dengan 41 jaringan, diikuti Sashika Samarasinghe (36) dan Tharjini Sivalingam (25).

Selepas menamatkan saingan kumpulan, Sri Lanka mengumpul 360 jaringan daripada empat perlawanan peringkat kumpulan untuk muncul sebagai juara kumpulan B.

Sementara Malaysia, yang menamatkan saingan peringkat kumpulan semalam, mengumpul sebanyak 271 jaringan untuk meraih kedudukan naib juara.

Selaku juara Kumpulan b, Sri Lanka akan bertemu naib juara Kumpulan A Thailand, dan Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A dan juga penyandang juara, Singapura pada perlawanan separuh akhir Jumaat ini.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B hari ini, Hong Kong menewaskan India dengan 53-33. BERNAMA

Artikel Lain