suria

Kejohanan Bola Jaring Asia: Malaysia mara ke separuh akhir

KUALA LUMPUR: Pasukan bola jaring Malaysia melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia Ketujuh selepas menewaskan saingan terdekat dalam Kumpulan b, Hong Kong dengan 52-26.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara di sini hari ini, pasukan bola jaring Malaysia bertindak cemerlang sebaik sahaja wisel permulaan.

Walaupun diasak bertubitubi dengan permainan pantas pasukan lawan, barisan pemain negara berjaya mengawal rentak perlawanan khususnya di bahagian pertahanan.

"Corak perlawanan pihak lawan hari ini agak kasar tetapi kami telah berhatihati supaya tidak terikutikut rentak pasukan lawan. Keduadua pasukan samasama berusaha menghasilkan jaringan yang banyak untuk mara ke peringkat separuh akhir. Pada suku keempat, pemain Hong Kong lebih banyak mengawal permainan.

"Banyak yang perlu diperbaiki lagi dalam corak permainan kami khususnya di bahagian pertahanan. Secara purata, semua pemain telah menunjukkan prestasi yang membanggakan," kata ketua pasukan Nur Ain Ramlan ketika ditemui Bernama selepas perlawanan.

Penjaring utama negara, S. Aruna berjaya menghasilkan 35 jaringan, diikuti Nur Ezzaini Mohd Nur (15) dan Nur Atikah Mat Salleh (2).

Mengenai perlawanan menentang juara bertahan, Singapura di perlawanan separuh akhir, Nur Ain berkata pasukan republik itu mempunyai corak permainan yang pantas dan mempunyai bentuk fizikal yang mantap.

"Kami mempunyai dua hari sebelum perlawanan untuk merangka strategi permainan menentang Singapura," katanya.

Dengan kemenangan keatas Hong Kong itu, Malaysia muncul sebagai naib juara kumpulan B. Juara kumpulan itu disandang Sri Lanka. Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Singapura dalam perlawanan separuh akhir pada Jumaat ini manakala Sri Lanka akan bertemu Thailand, yang merupakan naib juara kumpulan A.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B yang berlangsung hari ini, India menewaskan Pakistan, 53-24. BERNAMA

Artikel Lain